Wednesday, 27 March 2013

kematian


satu hari nanti,pasti waktu itu tiba..

jika sekarg kita y menghantar jenazah di halamn perkuburan, 
tapi pada waktu itu nanti kita pula akan menyusuli mereka..
persoalannya mcmne ye persedian kita utk bertemu dgn Sang Pencipta? adakah kita benar2 bersedia?

kadang kala aku tatap muka mama n ayah.. umur mereka dah mencecah 53 thun.. agak2 berapa lama lg ye masa y mereka ada utk bersama kami?

ataukah kami y akan pergi dulu? sesungguhnya bila aku memikirkan nya, pasti aty ni rasa ketakutan dan kesedihan, kerna pada saat itu , kami terpaksa meninggalkan dan ditinggalkan.. 

lalu, selepas tu, kami akan bertemu pada al-khaliq, bagaimana nanti kami?adakah kami dapat tertanggung sgala azab atas sgala y kami perbuat?

ya allah, sesungguhnya kami ini umat y sering buat salah pada Mu..
maafkanlah kami,, pimpinlah kami menuju kebahagiaan y hakiki, jgn pernah kau tinggalkan kami bersendirian.. 
selamatkanlah kami dari fitnah dunia dan akhirat..
selamatkan lah kami dari azab kubur..
kabulkanlah doa kami, miskipun lemahnya doa & amalan kami..

tapi hanya kepada mu sahaja lah tempat kami memohon..

~kak mira, seorg kak secourse aku telah dijemput oleh ilahi, al-fatihah buat kak mira, semoga dia bahagia disana..aminnn~

Tuesday, 26 March 2013

Cahaya seluruh alam


berhentilah dri merokok !!


Fakta-Fakta Penting yang Perlu diketahui :

1. Merokok merbahaya tidak kira sama ada anda sendiri yang merokok atau menyedut asap rokok daripada perokok lain.

2. Kajian menunjukkan bahawa jika anda berhenti merokok dalam tempoh 3 hingga 5 tahun, ia mampu mengurangkan risiko mendapat kanser mulut sebanyak 50%.

3. Jika anda berhenti merokok melebihi 10 tahun, tiada risiko mendapat kanser mulut.

4. Bila tabiat merokok ini dihentikan, keadaan penyakit gusi (periodontium) juga akan bertambah baik atau pulih.

Apa Keburukan Merokok? 
Merokok boleh mendatangkan pelbagai masalah gigi.

Antaranya ialah :
  • Gigi berkarat (staining).
  • Nafas berbau (halitosis).
  • Penyakit gusi (periodontium).
  • Kanser mulut.
  • Kanser paru-paru.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Strok.
  • Penyakit jantung.
  • Mati pucuk.

Perhatian : Walaupun penggunaan bahan kumuran dan ubat gigi mungkin berkesan menanggalkan karat gigi dan menyegarkan bau nafas perokok, ianya tidak boleh menyembuh kerosakan atau penyakit yang disebabkan oleh asap rokok.

Cara Membuang Tabiat Merokok:
  • Melakukan pemeriksaan mulut sendiri.
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian berkala di klinik pergigian.

Petua Berhenti Merokok : 

1. Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok dan buatkan nota peringatan.

2.Bersikap yakin, selalu berfikiran positif dan beritahu diri anda yang "anda boleh membuang tabiat merokok".

3. Dapatkan sokongan.

4. Atasi keinginan/gian untuk merokok seperti berikut :
  • Mengunyah gula-gula getah yang tidak mengandungi gula (chewing gum)
  • Lakukan senaman
  • Mandi dengan lebih kerap
  • Gunakan terapi gantian nikotin (nicotine replacement therapy)


~aku copy dari salah sbuah blog..wahai manusia terutama seorg y bergelar muslim..tolonglah berhanti dari dihantuinya.. bagi yang belum terlanjur,JANGAN PERNAH KAU DEKATINYA!! ..kelak kau akan menyesal...sukar utuk mu untuk berhenti.. 
Ya Allah, tolonglah hambamu, jauhilah kami dari belenggu nya..jauhilah orang y kami syg dri belenggunya.. wahai perokok..sedarilah kami mencintaimu..jaga dirimu..sygilah anugerah itu.. aku syg dia..aku tak sanggup melihat dia terus membunuh dirinya..bantulah dia..semoga kau menyedarinya~

our Protecter and Helper

#apabila kau sedih,datanglah kepada Dia,nescaya kau tidak akan menyesal..sesungguhnya Dia adalah sebaik2 pelindung and pembantu..#

sahabat

maha suci Mu Ya Allah, 
Kau anugerahkan mereka untuk ku.. walaupun kadang kala jalinan itu bukan lah semanis y didamba tapi kehadiran mereka buat aku merasai sesuatu y tidak dapat ku gambarkan..

ya,seringkali aku mendengar buruknya diriku pada pandangan mereka.. mereka kata aku ni itu,mereka kata aku ini itu, memeg benar aku sedikit terguris dengan penyataan tu, tapi bila aku memikir kembali..miskipun aku begitu banyak buruknya dimata mereka, tapi mereka tetap mahu mnjalinkan jalinan ukhwah itu.. baiknya mereka..

ya benar,kadangkala mereka terlanjur bicara,terlanjur menyakitiku..dan aku pula dijadikan Allah sebagai seorg y mudah terguris, itu aku sedar,,kadangkala sehingga sehari dua,tapi tatkala itu mereka tak membiarkan ia berlarutan..kerna takut atas ancaman nabi Muhammad y tak mahu mgaku umat.. jalinan itu dipulihkan..

wahai sahabat,
aku memohon maaf atas segala ketelanjuran diri...
maafkan aku atas kekhilafan diri.. 
maafkanlah..maafkanlah aku..

tah la, kadangkala aku sendiri tak tahu mengapa aku begini..mengapa aku begitu..kadangkala aku berfikir adakah aku sahabat y baik untuk mu? adakah aku ini diumpamakan sebagai penjual pewangi atau pembuat besi? 

Ya Nabiku, syafaatilah kami..
doakanlah aku agar nanti aku dapat menjadi shabat yang bakal membawa mereka kearah reda tuhan semesta alam.. 
ya nabi..aku merinduimu..

[semoga kau meredai kami]