Friday, 19 July 2013

My Name Is Islam



Maasha Allah.. That was deep.. I wish that every none Muslim would listen or read this poem. Sometime the best way to get through to them is to use a method that they would find interesting. The sister that wrote the poem deserves an award but more importantly our dua's.

i'm proud to be one of them.. 

Sunday, 30 June 2013

Zaid Bin Harithah



Pernah kah anda mendengar cerita mengenai Zaid Bin Harithah? mari luangkan sebentar masa anda untuk membaca secebis dari sejarah hidup beliau.

Zaid Bin Harithah  merupakan salah seorang sahabat yang terawal menyambut seruan islam tatkala Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w  dalam menyebarkan dakwah mengenai agama yang Hak  iaitu agama Islam. Beliau  tinggal dirumah baginda.

 Pada awalnya, ia bukanlah seorang hamba. Sewaktu beliau kecil, kaum nya telah diserang, dan ia ditawan lalu dijualnya sebagai hamba. Lelaki ini sering  bertukar-tukar tangan pemiliknya, sehinggalah, Siti Khadijah menjadi pemiliknya. Semasa srikandi ini berkahwin dengan Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W, Siti Khadijah telah menghadiahkan ia kepada Baginda dan jadilah ia sebagai pembantu baginda S.A.W.
Setelah peperangan yang berlaku pada kaumnya tamat, si ayah kepada lelaki ini memulakan pencarian anak kandungannya yang terpisah ini. Dari satu tempat ke satu tempat, akhirnya pencariannya berakhir dengan mengetahui bahawa anaknya berada di Mekah bersama Rasulullah.  Lalu si ayah menemui baginda untuk menebus si anak.

Sungguh mulia hati Nabi kita ini, baginda telah menolak wang tebusan yang ditawarkan dan sebaliknya baginda S.A.W memberi

Zaid sendiri membuat keputusan untuk terus tinggal bersama baginda S.A.W atau pulang bersama ayah kandungnya.

Zaid berkata, “demi Tuhan, Aku tidak akan mendapati orang yang memberi kasih sayang kepadaku lebih baik daripada Muhammad S.A.W walaupun ibu dan ayahku sendiri”
Kenyataan lelaki ini telah membuatkan ramai pihak terkejut termasuk si ayah dan Nabi Muhammad S.A.W sendiri. Bagi memuliakan zaid dan si ayah, Baginda telah memerdekakan Zaid dan mengiklankan ia sebagai anak angkat baginda dan menamakan ia sebagai Zaid Bin Muhammad. 


Kemudian turun ayat  larangan  men”bin”kan anak angkat  mengunakan nama ayah angkatnya. Lantas Rasulullah menukar kembali nama Zaid kepada Zaid Bin Harithah.
---------------------------------------------------------------------------------

smoga aku terlps dri mnulis sesuatu y dusta,, kisah ini aku tulis slps aku mmbaca satu buku mgenai biografi rasulullah.. 

dapatkah sesuatu dri kisah ini?

lihat lah.. kasih syg baginda itu.. kasihnya tidak tertanding..trbaygkah kita bgaimana dia layan Zaid?shingga akhirny mengeluarkan kata-kata sbegitu? bukan kisah ini shj y mmbuktikan kasih baginda.. banyak lg kisah y lain..sprti kisah layann rasulullah kpd wanita tua y sring menyumpah seranah baginda..tapi tetap rasulullah dilayan dgn sebaiknya.. mungkin x de y bg layann sbegitu kpd wanita trsbut, y mana shingga dia dpt mmbezakan layann kasih rasulullah.. subhanallah.. 

dulu, aku kurg brminat dgn sejarah.. mgenai smua sejarah.. bila ustzh cerita, aku rasa mcm x de feel dgn nya.. ble di sek akedemik pula..sej y dipaparkan tidak mnarik minat ku.. sejarah y aku hafal hanya kerna mahu men'score' A dlm periksa shj..

tetapi, lama kelamaan aku rsa ssuatu y interesting ble aku dpat mmgetahui sesuatu sej.. agak rugi dulu aku melalaikannya.. 
p masih x trlambat kn?kalau kita mghayati sej , kita akan dapt merasa pgalaman y diceritakan..seolah2 kita ada bersama sorotan sejarah tersebut.. 
bgi y lain..mari kita mulakan dlm mengexplore sej2 dahulu.. semoga kita mendapat iktibar drinya.. 

Wednesday, 26 June 2013

sahabat

~kata-kata ku x seindah karangan ini..nilai y ada pdnya padu..tertarik jari ku utk men copyny buat tatapan bacaan ku tatkala aku trleka tentang hakikat pershbatn ini..




أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Bersahabat yang sebenar adalah persahabatan yang bukan setakat di dunia sahaja, tetapi persahabatan yang sebenar adalah persahabatan sehingga bertemu di syurga. Kita tidak mungkin selamat mengarungi bahtera kehidupan yang sangat luas dengan ancaman badai fitnah ini seorang diri. Kita tak dapat lolos dari ancaman fitnah dengan hanya mengandaikan kemampuan sendiri. Kerana kita diciptakan sebagai makhluk yang penuh kelemahan dan mudah terpedaya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : ”Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah”(Surah an-Nisa ayat 28 )

Kebersamaan dan persahabatan di jalan Allahlah yang akan menghantarkan kita menyelesaikan hidup dengan kebaikan. Persaudaraan, kebersamaan dan persahabatan di jalan Allahlah yang juga akan mengiringi kita pada kebahagian akhirat.

Dan hanya persahabatan atas dasar iman dan takwalah yang abadi. Hal ini selaras dengan firman Allah dalam Al-Quran: “Teman-teman akrab pada hari itu(hari kiamat) sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Surah az-Zukhruf ayat 67)

Ibnu Katsir mengatakan, seluruh persahabatan yang tidak dilandaskan kerana Allah pada hari kiamat akan berubah menjadi permusuhan. Begitu juga pesan Rasulullah SAW dalam hadisnya yang menyebutkan bahawa,”Kita akan dibangkitkan di hari kiamat bersama orang yang kita cintai.”

Siapa orang yang kita cintai? Siapa orang-orang yang paling dekat dengan kita dalam menjalani hidup ini? Siapa orang yang paling menghiasi ingatan kita? Siapa yang menemani langkah-langkah hidup kita? Orang solehkah dia? Mengajak ke arah kebaikan dan keredaan Allah kah dia? Dan alangkah indahnya seandainya ada pertemuan yang sangat mengharukan dan penuh kegembiraan. Mari mulai sekarang kita bersahabat dengan orang-orang yang mendekatkan kita pada reda Allah SWT.

Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud: "Di dalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan yang kaya dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai di syurga".

Sahabat-sahabat yang pernah bertemu di dunia ini kerana Allah SWT dan berbincang bersama-sama untuk menjalankan kerja-kerja dakwah, melaksanakan amar makruf nahi mungkar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengajak manusia lain untuk kembali kepada ajaran Islam nanti akan bertemu disyurga. Mereka akan mencari sahabat-sahabat mereka yang lain kenapa ada diantara mereka tidak berada disyurga? Sekiranya ada dikalangan mereka yang telah memasuki neraka maka mereka akan cuba memohon kepada Allah SWT untuk memberi syafaat kepada sahabat-sahabat mereka yang diseksa dineraka.

Ulama' Salaf ada memberi pesanan :"Carilah banyak sahabat, kerana sesungguhnya tiap-tiap mukmin itu mempunyai syafaat.Maka semoga engkau dapat masuk ke dalam syafaat sahabatmu. Orang-orang beriman dan beramal soleh dapat memberi syafaat (pertolongan) kepada sahabat-sahabatnya dan membawa masuk kedalam syurga. Dikatakan juga , apabila Allah SWT. mengampunkan dosa seseorang, maka orang tersebut akan dapat memberi syafaat kepada sahabat-sahabatnya."

Bagaimana Allah SWT memberi kemuliaan kepada orang-orang yang bertakwa, ketika didunia mereka bersahabat dan bersaudara kerana Allah SWT, mereka bertemu disyurga duduk berhadap-hadapan. Firman-Nya yang bermaksud : " Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara
(dalam suasana kasih mesra)  serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing." (Surah al-Hijr ayat 47)

Di dalam hadis Qudsi Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan-Ku" (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah SAW baginda bersabda maksudnya: "Allah Azzawajalla berfirman: 'Orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanKu, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi, Shiddiqin dan Syuhada." (Hadis Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim)

Dalam Hadis Qudsi yang lain diriwayatkan oleh Ubadah As-Sahamit, Allah SWT berfirman maksudnya : "Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang cinta mencintai keranaKu. Kasih-sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang sering memperhubungkan tali silaturahim keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling bernasihat keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling berziarah keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling bantu membantu keranaKu. Orang yang cinta mencintai keranaKu berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi, Siddiqin dan Syuhada." (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim, Qudha'i)

Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya ganjaran yang akan mereka dapati kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.

Sahabat yang dikasihi,
Persahabatan dalam Islam adalah persahabatan kerana Allah SWT. Bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah SWT untuk menjalankan kewajipan dakwah untuk  amar makruf nahi mungkar. Doa di antara dua sahabat yang berkasih sayang dan menjalin ukhwah Islamiah adalah makbul disisi Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)

Termasuk sahabat yang berjauhan adalah sahabat-sahabat di dalam alam maya (facebook) . Walaupun kita berjauhan dan perkenalan melalui alam maya tetapi jika persahabatan kita kerana Allah, saling nasihat menasihati, lengkap melengkapi dan berkongsi ilmu yang bermanfaat insya Allah kita semua akan termasuk di dalam hadis ini. Teruskanlah persahabatan ini dan jika kita ada permasaalahan berbincanglah bersama-sama dan carilah jawapannya mengikut ajaran Islam nescaya kita akan mendapat keredaan Allah SWT. di dunia dan akhirat. Doa-doa kalian kepada sahabat-sahabat kalian yang lain mustajab disisi Allah SWT.

Sahabat yang dihormati,
Marilah kita perbetulkan niat kita dalam persahabatan ini. Janganlah ada diantara kita cuba merosakkan persahabatan kerana Allah SWT ini dengan menibulkan perselisihan, fitnah memfitnah dan mengaibkan sesama kita. Jika ada perkara yang diperselisihkan perlulah saling bermaaf-maafan dan selesaikanlah secara hikmah dan lemah lembut. Buangkan segala sifat sombong, ujub dan bangga diri dalam diri kita dan hiasilah akhlak kita dengan akhlak Islam dan binalah ikatan persahabatan dan persaudaraan di antara kita semata-mata kerana Allah SWT.

senyum

assalamuaikum..

aaik?senyum lagi?hehe.. saja je nk tulis bab ni.. kadg2 aku suka ambik gambo org lain.. sbb bila kita ambik gambo org lain, mesti kita akan ckp .. hey guyz..SMILE.. 1..2..3.. "klik".. org y diambik gambarnya pasti mahu buat muka y trmanis utk dipaparkan dlm gambar trsebut.. bila aku lihat, pasti akan aku kata kat y lain,,"cantiklah dia kalau senyum"

benar, x kira la mmcmna pun rupa kamu.. kalo kamu senyum..pasti kamu lebih cantik.. sebab tu hati-hati dgn senyumn itu..jgn menyalah gunakannya... takut ada y trjerat.. p itu x brmakna kau perlu bermasam pada y lain.. cukup la sekadarnya.. biar rasulullah turut trsenyum mlihat tingkahmu.. 

jom.. nk ajak buat satu program ni..

ok..

first thing, pls cari cermin..
cermin y boleh tgk semua muka....
sebesar y boleh..

pastu..
kira 1..2..3...
SENYUM..
senyum sehabis cantik..

cantikkan senyuman anda?..
tertawan saya.. 
hehe 

terus la ukir sunnah ini dibibirmu..
ia sprti makeup tambahn utk mu..
top up lah ia dgn iman..
pasti lg menyerlah dirimu..

ya Allah bimbinglah langkah kami.. 





Catur

sem ni jgk first time aku cuba-cuba try masuk sukan under univrsiti..oleh krna aku bkn la srikandi sukan..so pe y bolh aku msuk adalah pertandingan Catur..


ya.. permainan catur..
asalny aku mcm takut-takut.. p bila trkenangkan wada y smgat nk join.. plus, i think its fun.. (",) so aku try la jgk.. actually best.. mmg agak stress sikit, almaklumlah dalm dunia ni, de je cbaranny kn?

p dalam permainn ni de something y interesting actually...ada beberapa point y nk aku highlight kn..:

1) hidup ini kdg2 boleh di ibaratkan mcm main catur, selagi lawan x kate checkmate tu mknanya kte tetap ada peluang utk trus dan terus bergerak.. mcm dalm hidup, slagi x mati, kita blh trus dan terus melangkah.. miskipun kdg2 dalm perjalann hidup kita de berlaku bermcm2 kehilgn..itu x bermakna hidup kita akan tamat.. sprti dlm catur ini, mskipun kuda, tembok,malahn pemaisuri kita mati, kita tetap de peluang.. peluang utk kita terus dan trus melangkah.. 

2) hidup perlu strategi...mmg kdg2 stradegi tu kdg2 x mnjadi, p kalo kita de stradegi at least kite de benchmark.. benchmark y guide kita.. walaupun ia gagal, myb ia x kn jauh trsasar.. dgn strategi y kita ada, akan buat penambahan nilai utk diri kita..nilai saingan pd y lain..apa y pentg, jgn menyerah + terus melangkah + lakukan y trbaik..

3) pengalaman.. ye pengalaman y kita ada akan mmimpin kita utk terus melangkah dlm hidup ini.. sprt permainn ini, smakin bnyak kita bermain dgn nya, smkin akan kita tahu dan memahami gerak langkahnya.. pngalamn lah y akan mmimpin kita mnyusuri permainn ini..

4) beware .. dalam hidup ini kita perlu selalu berhati-hati dalam tiap langkah.. apa-apa y kte buat akan mmbawa impact kt diri dan masa dpn kita.. seperti catur..tiap langkahnya perlu berhati-hati..jgn sampai ada trsilap langkah.. diseberang, ada musuh y sntiasa mhu mnunggu leka nya langkah kita, andai 1 je langkah trsasar, ia pasti tidak akan melepaskan peluang itu.. dan akhirnya..pastinya ia mnunggu utk mg " checkmate " kn kita.. masa tu, tamatlah riwayat kita,andai salah langkah, mnjd adat hukumny, kita tidak boleh undo kn lgkah itu.. 


..pengalaman y manis berada dikalangan mereka..



make it fun!! =)


..tiap langkah perlu berhati-hati agar tak trsalah langkah..


...don't give up.. try and try do your best.. 





Saturday, 22 June 2013

tamat fasa ke 4..

alhamdulilah, kni sem 4 pon dh abiskn sesinya.. honestly, aku sedikit sedih,, this sem give me a lot of memories.. this sem, i'm try lot things..  first time, aku mula involve program y agak besar jgk.. sem ni aku blajar skit2 nk involve dlm perstuan.. thanz a lot for my leader dlm lajnah publisiti dalam jt ni.. umi dan zohir,,actually, msa first2 tu, mmg aku blur, ble umi kte, kak akma nk letak aku bwh diaorg.. takut nk cube somthng y baru.. betul,, aku blur masa tu,,,tp tetap dlm hati aku nk cuba jgk msk dlm nya.. so aku pon slow2 join.. basiclly x de bnyk pon aku buat dlm organisai ni.myb umi n zohir de fikir, aku ni x reti wat keje.. + keblur an disitu..tp ble aku tgk diorg de smggat dlm atur organisasi tu, aku rse cm best plk.. p y pntg pengalaman kn? ye.. pangalamn la y aku dpt..
bukan diorg je, buat adik anna n irfan n len2 pon sme, msg2 de klbhn trsndiri,,n mereka brgabung utk tingkatkan pncapaian organisasi ni.. best.. so i suggest.. we need involve somthng like this.. it's fun taw.. =D

..I-FEST..

ia adalah sngkatan dri Islamic Festival.. biasanya ia akan diadakan utk setiap tahun (rsanya la..) .. dalam program ni, alhamdulilah aku dalam kutip pgalaman dri nya.. aku akui, agak susah jgk rupanya abg2 n akk seblm ni atur program cmni.. p imbalannya KEPUASAN.. puas bila de org trsnyum dlm program ni..
Shine of Young Imam,ni program mini y aku involve.. n my part is prsediaan smua present y ada.. ala, sng cite ajk hadiah la.. first tu, agak blur jgk la.. (mcm biasa) p, alhamdulilah akhirnya siap jgk semuannya.. 
aku ingat lg, upanya susah jgk nk cri hadiah.. p dgn prtolngan y len, alhamdulilah.. pe y aku nk kata,. "IT'S FUN!! =) n I'm satisfied.. 


hadiah y siap utk dihadiahkan kt para pemenag.. thnz for my lovely brothers, helps me designs this..

amcm? comel x? puas sgt bila tgk bnda ini siap diatur n sedng mnunggu peserta mmbawa pulangnya.. =) 
cenderahati utk para peserta..

anatara org2 kuat program.. thnz atas bantuannya..

penonton.. agak2 sapa yer menang? 

ni la pengarah program.. ni jgk la bnyk bantu aku dlam siapkan kerja aku..syukran fida.. 

para peserta

para penyokong n pemeriah suasana.. 



ajk y len berbincg...

akhirnya, puas ble tgk diorg pegang krja tangan kami.. harap sgt diorg suka.. =)

# de sdikit kata2 y aku catit spanjg pgram ni.. kata2 y buat aku trfikir skjap.. 

"kita sang pejuang, biar hina dimata insan, p mulia dimana tuhan"

"kte kdgkala brsyukur hanya tatkala nikmatNya ditarik"

"kdgkla kita perlu mmngis , agar kita tahu nilai titisan airmata itu"

~smoga program ini bermanfaat~


Friday, 21 June 2013

Mishari Rashid Al Afasy - Rahman


"Allah swt berfirman,
'Aku Sediakan untuk hambaKu yang soleh, 
Sesuatu yang tidak pernah dipandang mata, 
Tidak pernah didengari telinga, 
& Tidak pernah terlintas di hati manusia...'"
[HR Bukhari & Muslim]



Thursday, 16 May 2013

~Ya Rasulullah~



semoga Allah merahmatiMu..
tabahnya dirimu setinggi darjatMu..

terima kasih kerna kau telah menghabiskan hidup mu sbgi nabi y terbaik buat kami..
kasihmu hingga kini dpt kami rasakan..
kasihmu hingga kami menjd sinar buat kami.. 
cuma..
kami ini umat y lemah..
sering lupa..
sering alpa..
sibuk dlm mmenuhi kehendak dunia..
hingga terlalai apa y diwarisi..

benar..
kita x prnah bertemu..
benar kita x pernah berkelana..
tapi..
keindahan cintamu dan cahaya mu..
menjadi santapan cinta buat kami, hamba y alpa ini..
pernah terlintas,
andai ditakdirkah Allah, 
kau masih disisi..
pasti y gelap kini menjd terang..
y suram ini menjd ceria..
kami tidak akan meraba2 mntatih dlm prjalann dunia ini..

namun..
kita yakin..
Allah punya sebabnya y tersendiri..
andai kata kami benar2 mncintaimu.. 
Dia akan pertemukan kita di sana..
di syurga Nya y indah..
tapi adakah kami layak utkny?





~ Allahurobbi ~



Allah sgt menyayangi hambanya walaupun hambanya sering lupa kepada Allah, bila hamba dia buat slh, buat benda jahat, Allah masih ampun, masih bg peluang.. Bila hamba dia ditimpa kesakitan, Allah sering dipersalahkan "kenapa bg aku sakit?" tp hebatnya Allah, Dia masih bg nikmat pd hambanya yg mempersalahkan diriNYA.

Bertapa beruntungnya hamba tersebut sbb mendapat tuan yg sgt Sayang akan dirinya.. tp manusia ni bahasa xbersyukur, bila Allah suruh bt kebaikan, seru kepada benda baik tinggal benda jahat, masih xnk dgr.. sbb 2 Allah da cakap, mnusia ni jenis bangsa yg mnyesal.


                                                                                                                               ~copy dr pakcik fb~

aku kadg2 suka memerhati.. melihat cantiknya wanita dan hensemnya lelaki itu tatkala wajahnya ada sinar nurNya.. kdg2 aku suka jeling2 mereka.. lg2 akk2 roomate aku ble duduk atas sjadah.. dlm hati aku.." ya allah, tanagnya mereka tatkala dia jumpe mu.. mereka mcm letak diri mereka ditmpat y paling dekat dgnmu..tp..adakah aku mcm2?" ..cemburu aku melihat mereka.. telatah mereka.. 

dan lgi.. bila aku mlihat si wanita y special ini kerap di dampingi oleh lelaki y special jgk..y staraf dgn nya.. sme2 sdap mata mmndg.. y sudah diikat nmpak keserian disitu..y blm diikat, batas dijaga agar x mnjd fitnah bg agama ini.. dlm hati ini tercalit.." adakah aku layak utk mndapat persis dgn lelaki berkenaan..?"
mngharap sorg akan mndpt sorg pndmping y bukan shj terbaik dimata y lain.. tapi terbaik utk diri, agama dan kehidpn ini.. 

hanya mampu bersandar pada mu Ya Allah..


Friday, 10 May 2013

DIA MAHU DATANG


kini, kedatanganmu akan kembali lagi..

semoga kami sampai ke masanya untuk bertemu dgnmu.. 

"berkatilah kami pada bulan rejab dan sya'ban ..dan jumpakanlah kami pada bulan ramadhan.. =)

Saturday, 20 April 2013

menjadi diriku


best kn jadi diri sendiri.. setiap langkah akan terasa best je.. 
lg best kalo sekeliling mampu menerima kita seadanya.. 
terima kita tanpa ada sebarang lakonan yang terpaksa dilakukan..

tapi satu yang aku pasti..
bagaimana cantik atau hodohnya aku..
bagaimana pandai atau bodohnya aku.. 
Allah akan tetap pandang ku..
as long as aku mnuruti perintahnya..

aku ingin bersama Dia..
walaupun diriku ada bnyk buruknya..
walaupun aku kurang doanya..

setiap waktu,
aku ingin bersama dia.. =)

Wednesday, 3 April 2013

Kematian

bismillah..
dengan nama Mu ya Allah, tuhan pentadbir alam.. aku mulakan kata2 ku..



hari demi hari, aku dipaparkan wajah seorg demi seorg kau jemput bertemu denganMu.. malah ada y manis mukanya.. lantas satu soalan aku terbitkan.. 

bagaimanakah jika saatku itu tiba?
mampukah aku bertemu dengan rehat y sempurna?..
apakah amalan baik ku yang menemani ku?, 
atau balasan burukku menjadi penunggu ku disana?

apakah kesudahan aku nanti? 
apakah aku terselamat dri azab kubur y akan menjadi tempat tinggalku y hakiki..

nanti,bila aku disana..
cukupkah amalan ku?
cukupkah aku membayar hutang kpd y lain?

wahai saudara ku..
aku memohon maaf..
atas sgala ketelanjuran...
atas sgala y meyakiti hatimu...

andai aku nanti tiada..
biarlah doamu menjadi hadiah trakhir utk ku..
terima kasih kerna kau telah mnghabiskan masamu utk menemani hidupku..

aku tahu, masa itu pasti tiba, miskipun aku belum brsedia untuk menemui tuhan y Esa.. 




Wednesday, 27 March 2013

kematian


satu hari nanti,pasti waktu itu tiba..

jika sekarg kita y menghantar jenazah di halamn perkuburan, 
tapi pada waktu itu nanti kita pula akan menyusuli mereka..
persoalannya mcmne ye persedian kita utk bertemu dgn Sang Pencipta? adakah kita benar2 bersedia?

kadang kala aku tatap muka mama n ayah.. umur mereka dah mencecah 53 thun.. agak2 berapa lama lg ye masa y mereka ada utk bersama kami?

ataukah kami y akan pergi dulu? sesungguhnya bila aku memikirkan nya, pasti aty ni rasa ketakutan dan kesedihan, kerna pada saat itu , kami terpaksa meninggalkan dan ditinggalkan.. 

lalu, selepas tu, kami akan bertemu pada al-khaliq, bagaimana nanti kami?adakah kami dapat tertanggung sgala azab atas sgala y kami perbuat?

ya allah, sesungguhnya kami ini umat y sering buat salah pada Mu..
maafkanlah kami,, pimpinlah kami menuju kebahagiaan y hakiki, jgn pernah kau tinggalkan kami bersendirian.. 
selamatkanlah kami dari fitnah dunia dan akhirat..
selamatkan lah kami dari azab kubur..
kabulkanlah doa kami, miskipun lemahnya doa & amalan kami..

tapi hanya kepada mu sahaja lah tempat kami memohon..

~kak mira, seorg kak secourse aku telah dijemput oleh ilahi, al-fatihah buat kak mira, semoga dia bahagia disana..aminnn~

Tuesday, 26 March 2013

Cahaya seluruh alam


berhentilah dri merokok !!


Fakta-Fakta Penting yang Perlu diketahui :

1. Merokok merbahaya tidak kira sama ada anda sendiri yang merokok atau menyedut asap rokok daripada perokok lain.

2. Kajian menunjukkan bahawa jika anda berhenti merokok dalam tempoh 3 hingga 5 tahun, ia mampu mengurangkan risiko mendapat kanser mulut sebanyak 50%.

3. Jika anda berhenti merokok melebihi 10 tahun, tiada risiko mendapat kanser mulut.

4. Bila tabiat merokok ini dihentikan, keadaan penyakit gusi (periodontium) juga akan bertambah baik atau pulih.

Apa Keburukan Merokok? 
Merokok boleh mendatangkan pelbagai masalah gigi.

Antaranya ialah :
  • Gigi berkarat (staining).
  • Nafas berbau (halitosis).
  • Penyakit gusi (periodontium).
  • Kanser mulut.
  • Kanser paru-paru.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Strok.
  • Penyakit jantung.
  • Mati pucuk.

Perhatian : Walaupun penggunaan bahan kumuran dan ubat gigi mungkin berkesan menanggalkan karat gigi dan menyegarkan bau nafas perokok, ianya tidak boleh menyembuh kerosakan atau penyakit yang disebabkan oleh asap rokok.

Cara Membuang Tabiat Merokok:
  • Melakukan pemeriksaan mulut sendiri.
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian berkala di klinik pergigian.

Petua Berhenti Merokok : 

1. Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok dan buatkan nota peringatan.

2.Bersikap yakin, selalu berfikiran positif dan beritahu diri anda yang "anda boleh membuang tabiat merokok".

3. Dapatkan sokongan.

4. Atasi keinginan/gian untuk merokok seperti berikut :
  • Mengunyah gula-gula getah yang tidak mengandungi gula (chewing gum)
  • Lakukan senaman
  • Mandi dengan lebih kerap
  • Gunakan terapi gantian nikotin (nicotine replacement therapy)


~aku copy dari salah sbuah blog..wahai manusia terutama seorg y bergelar muslim..tolonglah berhanti dari dihantuinya.. bagi yang belum terlanjur,JANGAN PERNAH KAU DEKATINYA!! ..kelak kau akan menyesal...sukar utuk mu untuk berhenti.. 
Ya Allah, tolonglah hambamu, jauhilah kami dari belenggu nya..jauhilah orang y kami syg dri belenggunya.. wahai perokok..sedarilah kami mencintaimu..jaga dirimu..sygilah anugerah itu.. aku syg dia..aku tak sanggup melihat dia terus membunuh dirinya..bantulah dia..semoga kau menyedarinya~

our Protecter and Helper

#apabila kau sedih,datanglah kepada Dia,nescaya kau tidak akan menyesal..sesungguhnya Dia adalah sebaik2 pelindung and pembantu..#

sahabat

maha suci Mu Ya Allah, 
Kau anugerahkan mereka untuk ku.. walaupun kadang kala jalinan itu bukan lah semanis y didamba tapi kehadiran mereka buat aku merasai sesuatu y tidak dapat ku gambarkan..

ya,seringkali aku mendengar buruknya diriku pada pandangan mereka.. mereka kata aku ni itu,mereka kata aku ini itu, memeg benar aku sedikit terguris dengan penyataan tu, tapi bila aku memikir kembali..miskipun aku begitu banyak buruknya dimata mereka, tapi mereka tetap mahu mnjalinkan jalinan ukhwah itu.. baiknya mereka..

ya benar,kadangkala mereka terlanjur bicara,terlanjur menyakitiku..dan aku pula dijadikan Allah sebagai seorg y mudah terguris, itu aku sedar,,kadangkala sehingga sehari dua,tapi tatkala itu mereka tak membiarkan ia berlarutan..kerna takut atas ancaman nabi Muhammad y tak mahu mgaku umat.. jalinan itu dipulihkan..

wahai sahabat,
aku memohon maaf atas segala ketelanjuran diri...
maafkan aku atas kekhilafan diri.. 
maafkanlah..maafkanlah aku..

tah la, kadangkala aku sendiri tak tahu mengapa aku begini..mengapa aku begitu..kadangkala aku berfikir adakah aku sahabat y baik untuk mu? adakah aku ini diumpamakan sebagai penjual pewangi atau pembuat besi? 

Ya Nabiku, syafaatilah kami..
doakanlah aku agar nanti aku dapat menjadi shabat yang bakal membawa mereka kearah reda tuhan semesta alam.. 
ya nabi..aku merinduimu..

[semoga kau meredai kami]

Saturday, 2 February 2013

SABAR..

~sabar itu mungkin mudah dibibir utk mmgatakannya, namun sukar utk mgotanya..
namun segalanya punya ganjaran y setia menanti pada setiap jiwa y mampu memilikinya..
sesungguhnya ganjaranya itu,mahal utk dtebus..~



Rahsia Diantara Kita (",)


~sesaat berjalinan usrah bersama kalian membuat aku rse nikmatnya seumur hidupku...... 
syukur pada mu Ya Allah atas anugerah terindah ini.. ~


Bila Ujian Menghampiri..


ujian itu kadg2 kayu penguat diri dikala dalaman kita itu rapuh..adany ujian berkenaan akn buat kita lbh mnyedari we need change our normal way.. to the other better ways for us... and it's myb can make our life more valuable.. 


Maafkan kami lagi...


Aku kata “Astaghfirullah”
tetapi hatiku masih gemar akan maksiat..

Aku kata “wa atubu ilaih”
tetapi jasadku masih melakukan dosa sama..

Aku kata “wa nadimna ya Allah”
tetapi kesilapan lalu masih kuulangi..

Aku kata “Subhanallah”
tetapi aku tidak mampu menghayatinya..

Aku kata “Alhamdulillah”
tetapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaan-Nya..

Aku kata “Allahuakbar”
tetapi cintaku lebih kepada dunia..

Aku kata “ma fi qalbi ghairullah”
tetapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal..

Aku kata “aku tak layak ke syurga
tetapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan
aku kuat untuk rasa pedih api neraka..

Aku kata aku ingin mendekati-Mu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku..

Aku malu dengan sepasang mata kurniaan-Mu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia..

Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal..

Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..
Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.


~copy paste dri fb..kata2 nya mnyentuh..benar juga.. adakah lafaz2 dri mulut itu,dusta belaka..adakah titisan air mata itu cme sia2?.. ~