Tuesday, 17 March 2015

Munafik.. Munafikkah aku?

Ini adalah sebuah forum y dah di anjurkan sempena ‘city campus carnival’ di u kami beberapa tahun y lepas.. masa ni kalau tak silap, izyan masih di tahun 2.. macam biasa, belek2 lap top, terjumpa nota dari forum ini

******************** 

Ia dimulakan dgn pusingan pertama, seprti biasa definasi menjadi benihnya, ustaz cakap,  

       “golongan MUNAFIK adalah orang y menzahirkan sesuatu y bukan diri mereka.”

Bahayanya golongan ini adalah kerna ia umpama musuh dalam selimut, yang mana pd luarnya dia islam tp pd batinnya dia sorg y munafik.. berbeza dgn golongan kafir, perbuatannya shj kita sudah tahu.


Beralih pada point y seterusnya plk.. Org y munafik tu biasanya :

1.       Bila dia bercakap dia berbohong
2.       Bila diberi kepercayaan dia khianati
3.       Bila berjanji dia ingkari
(**ustz de bg nasihat y bila kita brjanji kita  mesti kena didahulukan dengan  ‘INSYALLAH’ ,  sbb y atur kita itu Allah,, hanya dgn izinnya shj kita dpt berbuat sesuatu..)
4.       Suka bersumpah seranah
5.       Tingkah lakunya suatu y bohong
6.       Bila bergaduh ia susah nk brdamai..

Astaghfirullah,, kami mngeluh sbntar..mneliti kreteria2 y ustz ini utarakan.. kami juga mempunyai sifat2 ni..semoga allah melindungi kita dari mnjadi org y munafik..ustaz y mnyedari keluhan hadirin, pastu dia pon tanya..

 "ha..de tak diantara kalian y tak pernah brbohong,mungkir janji dan melakukan hal      mcmni?”

Dan tak de pon y berani angkat tangan.. pastu ustaz tu kata..
               
“bagus la, semua org sedar, semua buat salah.. Allah kalo sayg, Dia akan mncampakkan rasa   kesedaran kpd hambanya.. “

Trdiam kami...semoga Allah mngampunkan kami,, aminnn..
Tuan pngerusi mngutarakan soalan lg.. apakah tujuan Allah bg tahu ciri2 org munafik ni?..

Ustaz tu jwb, sbb Allah nak manusia tahu ciri2 org munafik ni, dan akhirnya apabila mereka mnyedari akannya, lalu mereka akan mnghindari diri mereka dari terjebak didlmnya..
Sbnrnya Allah syg kt kita sgt..sbb tu dia nk bg kita panduan,, biar kita jd umat Dia y perfect rohani n jasmaninya,, (“,)

Pastu, ustaz tu de jgk bg petua, kalo kita nk nasihatkan org,tp dia buat tak taw je..cuba ckp cmni..

“awk buat cmni nk masuk neraka ker?..awk taw x apa y awk buat skrg ni akan mmbawa awk slngkah ke neraka?.. cuba tengok apa respond dia... 

****************************************

Cantik itu satu amanah yang perlu di jaga.. perempuan itu sifatnya malu..lelaki pula sifatnya sabar,, ustaz pesan..kalo kedua2 ini hilang..maka timbullah penyakit pd diri adam dan hawa itu..

Ustaz de bagi peringatan.. yang mana,ingatlah apa yang kita ada, ni semua akan diminta untuk dipertanggungjwbkan.. “maka nikmat tuhanmu y manakah kau dustakan?” (dlm surah ar-rahman..bnyk diulangi ayat ini..y mana ia mnunjukkan pringatan ini sgt penting utk ditekankan)..

Pd akhir slot forum ini..ustaz ada jgk letakkan kaedah utk mnghakis sifat MUNAFIK ni..antaranya :

1.       Perlu mnunasabah..munasabah ni perlu pd setiap sudut dlm diri kita,,
2.       Jdkan NABI MUHAMMAD S.A.W sbagi idola dan ikon..
3.       Jlnkan amanah yang diberi..

pastu berpindah la pd slot Q&A (question & Answer):

1.       Assalam ustaz..camne kalo kita buat slh..pastu taubat, pastu buat salah lg?

U: bila kita buat salah,kita kene brtaubat.. lumrah manusia itu mesti akan buat dosa ,lupa dan sentiasa ada salahnya,, tp pe y pnting ble wat slh tu..taubat n kne azam tak mau buat lg..n bila kita mndoa..kita kne doa supaya dterima taubat kita n doa juga agar kita tidak mngulanginya kembali..

2.       Assalam ustaz..kalo dah munafik apa y perlu dibuat?
U:  berhenti + taubat + minta maaf pd y trlibat + betulkan salah itu

3.       Assalam ustaz..de x istilah tarik balik janji?
U: TAK DE!!.. (hehe..sje nk Caps lock kn ayat tu..coz trkene pd hidung sndiri).. jgn berjanji kalo takut tidak dpt ditepati..bahaya tu..ingat!!akan dipertanggungjwbkan,,once bila kite dah brjanji..kita dah letak harapan pd sesorg,,n sgt sedih la kalo x dpt dipenuhi..
So the best way is.. put INSYALLAH with your promise,, seprti y Allah suruh..indah bukan? bila kita bersandar padaNya..

4.       Assalam ustaz..kalo saya tandakan attended kwn,munafik kah sy? (hehe..ni soalan y paling comel…dpt bnyk sorakkan ni..nmpak sgt ramai y prnah wat..hehe)
U:ustaz kata.. x sure bnda tu munafik atau tak..tp dia kata y terang2 bnda tu slh..brbohong namanya tu.. dh tak dtg..buat la cara x dtg..tok seh (tak payah) nk susahkan diri sign kn org lain punye..pada akhir jawapan itu..ustaz  suruh cari sifat saidina umar and try contohi beliau.. (“,) (**insya allah, akan datang, izyan akan cuba mencari mengenai Saidina Umar)

 kesimpulan yang diberi..

   1. setiap doa iftitah ada trselit janji kita pada ALLAH..persoalannya..adakah kita menepati janji kita kpd ALLAH??tanya lah diri..
   2. Letak target kehidupan y mana untuk mengapai redaNya,,
   3. Malu (bg wanita ) dan sabar (bagi lelaki) perlu selari
   4. Perbaiki diri dan iman.
  5. awasi solatmu..

***********************





cara menganalisis realibility test

ASSALAMUALAIKUM.. 

Nak kongsi macamana nak buat reliability test. mungkin sahaja nanti izyan akan terlupa macamna nak buat benda ni. rasa rindu pulak bila terfikir setahun memerah tenaga menyiapkan ppta final year di UMK ni (rasanya majority student final year akan merasakannya).. tapi alhamdulilah, result baru2 ni..terasa amat berbaloi semua ni.. terima kasih sangat kt Sir Safwan.. banyak yang dia tolong.. syukur allah jadikan dia sebagai supervisor kami. semoga allah sentiasa memberkati beliau. 

Reliability test: 

secara ringkas ni adalah untuk kita analysis pilot test yang kita buat sebelum actual questionnaire kita di distribute among our respondents.. kalau ikut supervisor yan, dia kata jika pilot test yang kita buat tu seramai 30 orang.. maka kita perlu buat 30 orang sahaja.. tapi ada setengah thesis y yan tengok..diaorg ada juga  buat reliability analysis  untuk keseluruhan respondents.. so yan cadangkan rujuklah pada lecturer or somebody y boleh dirujuk utk buat tesis ni.. ok..let start with spss.. =) 

1) first klik analyze > scale> reliability analysis


2) bold kan semua DV tekan anak panah biru yang ditengah tu.

3)ia akan masuk kat column items.. tekan statistics



4) dia akan keluar table ni.. tekan kat scale if item deleted. Tekan continue.

5)than,klik ok


6)done.. ni la rajah keluar.. ni la rajah reliability result..



kalau izyan, izyan guna table atas ni untuk tgk value each variable.  contoh..dalam result tu 0.921. so based on table.. the value is excellent. tp yang izyan tunjuk tu jus for DV (dependent variable).  untuk variable yang lain tu korg tukar mase nk select variable kat step ke2. buat satu2.. sampai la habis kesemua variable kita.. ok done

~harap bermanafaat =) ~

TULISAN ITU AKAN TETAP MENJADI SEBUAH NUKILAN

Td petang, aku menemankan mama mengemas luar rumah. Sambil2 tu mama menyuruh aku memilih mana2 buku y terbiar diluar. Satu2 ku selak, ku filter kanny kpd 3 part, 1st part for recycle, 2nd part for the “kitab / Islamic book” and another part, is the special part.. special part ni adalah buku2 yang ku ambil untuk di jadikan simpanan aku kembali.

Banyak yang jumpa. Rupanya ada sesuatu y perlu di simpan kerna isi kandunganny.. di sini lah ku tersedar, ilmu itu perlu di tulis. Agar nanti ia boleh dijadikan sebagai rujukan mungkin bila kita perlukan.


Selama mana pun usia buku itu.. ia akan tetap tercatit isinya. Buku cacatan abg sulong ku salah satu yang menarik perhatian. Jadinya, saat ini aku ingin menulis kembali.. menulis apa sahaja untuk simpanan sendiri mungkin.  Agar nanti miskipun aku mula melupakanny.. tulisan ini akan mengingatkan aku kembali. 

Friday, 19 July 2013

My Name Is Islam



Maasha Allah.. That was deep.. I wish that every none Muslim would listen or read this poem. Sometime the best way to get through to them is to use a method that they would find interesting. The sister that wrote the poem deserves an award but more importantly our dua's.

i'm proud to be one of them.. 

Sunday, 30 June 2013

Zaid Bin Harithah



Pernah kah anda mendengar cerita mengenai Zaid Bin Harithah? mari luangkan sebentar masa anda untuk membaca secebis dari sejarah hidup beliau.

Zaid Bin Harithah  merupakan salah seorang sahabat yang terawal menyambut seruan islam tatkala Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w  dalam menyebarkan dakwah mengenai agama yang Hak  iaitu agama Islam. Beliau  tinggal dirumah baginda.

 Pada awalnya, ia bukanlah seorang hamba. Sewaktu beliau kecil, kaum nya telah diserang, dan ia ditawan lalu dijualnya sebagai hamba. Lelaki ini sering  bertukar-tukar tangan pemiliknya, sehinggalah, Siti Khadijah menjadi pemiliknya. Semasa srikandi ini berkahwin dengan Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W, Siti Khadijah telah menghadiahkan ia kepada Baginda dan jadilah ia sebagai pembantu baginda S.A.W.
Setelah peperangan yang berlaku pada kaumnya tamat, si ayah kepada lelaki ini memulakan pencarian anak kandungannya yang terpisah ini. Dari satu tempat ke satu tempat, akhirnya pencariannya berakhir dengan mengetahui bahawa anaknya berada di Mekah bersama Rasulullah.  Lalu si ayah menemui baginda untuk menebus si anak.

Sungguh mulia hati Nabi kita ini, baginda telah menolak wang tebusan yang ditawarkan dan sebaliknya baginda S.A.W memberi

Zaid sendiri membuat keputusan untuk terus tinggal bersama baginda S.A.W atau pulang bersama ayah kandungnya.

Zaid berkata, “demi Tuhan, Aku tidak akan mendapati orang yang memberi kasih sayang kepadaku lebih baik daripada Muhammad S.A.W walaupun ibu dan ayahku sendiri”
Kenyataan lelaki ini telah membuatkan ramai pihak terkejut termasuk si ayah dan Nabi Muhammad S.A.W sendiri. Bagi memuliakan zaid dan si ayah, Baginda telah memerdekakan Zaid dan mengiklankan ia sebagai anak angkat baginda dan menamakan ia sebagai Zaid Bin Muhammad. 


Kemudian turun ayat  larangan  men”bin”kan anak angkat  mengunakan nama ayah angkatnya. Lantas Rasulullah menukar kembali nama Zaid kepada Zaid Bin Harithah.
---------------------------------------------------------------------------------

smoga aku terlps dri mnulis sesuatu y dusta,, kisah ini aku tulis slps aku mmbaca satu buku mgenai biografi rasulullah.. 

dapatkah sesuatu dri kisah ini?

lihat lah.. kasih syg baginda itu.. kasihnya tidak tertanding..trbaygkah kita bgaimana dia layan Zaid?shingga akhirny mengeluarkan kata-kata sbegitu? bukan kisah ini shj y mmbuktikan kasih baginda.. banyak lg kisah y lain..sprti kisah layann rasulullah kpd wanita tua y sring menyumpah seranah baginda..tapi tetap rasulullah dilayan dgn sebaiknya.. mungkin x de y bg layann sbegitu kpd wanita trsbut, y mana shingga dia dpt mmbezakan layann kasih rasulullah.. subhanallah.. 

dulu, aku kurg brminat dgn sejarah.. mgenai smua sejarah.. bila ustzh cerita, aku rasa mcm x de feel dgn nya.. ble di sek akedemik pula..sej y dipaparkan tidak mnarik minat ku.. sejarah y aku hafal hanya kerna mahu men'score' A dlm periksa shj..

tetapi, lama kelamaan aku rsa ssuatu y interesting ble aku dpat mmgetahui sesuatu sej.. agak rugi dulu aku melalaikannya.. 
p masih x trlambat kn?kalau kita mghayati sej , kita akan dapt merasa pgalaman y diceritakan..seolah2 kita ada bersama sorotan sejarah tersebut.. 
bgi y lain..mari kita mulakan dlm mengexplore sej2 dahulu.. semoga kita mendapat iktibar drinya.. 

Wednesday, 26 June 2013

sahabat

~kata-kata ku x seindah karangan ini..nilai y ada pdnya padu..tertarik jari ku utk men copyny buat tatapan bacaan ku tatkala aku trleka tentang hakikat pershbatn ini..




أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Bersahabat yang sebenar adalah persahabatan yang bukan setakat di dunia sahaja, tetapi persahabatan yang sebenar adalah persahabatan sehingga bertemu di syurga. Kita tidak mungkin selamat mengarungi bahtera kehidupan yang sangat luas dengan ancaman badai fitnah ini seorang diri. Kita tak dapat lolos dari ancaman fitnah dengan hanya mengandaikan kemampuan sendiri. Kerana kita diciptakan sebagai makhluk yang penuh kelemahan dan mudah terpedaya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : ”Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah”(Surah an-Nisa ayat 28 )

Kebersamaan dan persahabatan di jalan Allahlah yang akan menghantarkan kita menyelesaikan hidup dengan kebaikan. Persaudaraan, kebersamaan dan persahabatan di jalan Allahlah yang juga akan mengiringi kita pada kebahagian akhirat.

Dan hanya persahabatan atas dasar iman dan takwalah yang abadi. Hal ini selaras dengan firman Allah dalam Al-Quran: “Teman-teman akrab pada hari itu(hari kiamat) sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Surah az-Zukhruf ayat 67)

Ibnu Katsir mengatakan, seluruh persahabatan yang tidak dilandaskan kerana Allah pada hari kiamat akan berubah menjadi permusuhan. Begitu juga pesan Rasulullah SAW dalam hadisnya yang menyebutkan bahawa,”Kita akan dibangkitkan di hari kiamat bersama orang yang kita cintai.”

Siapa orang yang kita cintai? Siapa orang-orang yang paling dekat dengan kita dalam menjalani hidup ini? Siapa orang yang paling menghiasi ingatan kita? Siapa yang menemani langkah-langkah hidup kita? Orang solehkah dia? Mengajak ke arah kebaikan dan keredaan Allah kah dia? Dan alangkah indahnya seandainya ada pertemuan yang sangat mengharukan dan penuh kegembiraan. Mari mulai sekarang kita bersahabat dengan orang-orang yang mendekatkan kita pada reda Allah SWT.

Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud: "Di dalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan yang kaya dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai di syurga".

Sahabat-sahabat yang pernah bertemu di dunia ini kerana Allah SWT dan berbincang bersama-sama untuk menjalankan kerja-kerja dakwah, melaksanakan amar makruf nahi mungkar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengajak manusia lain untuk kembali kepada ajaran Islam nanti akan bertemu disyurga. Mereka akan mencari sahabat-sahabat mereka yang lain kenapa ada diantara mereka tidak berada disyurga? Sekiranya ada dikalangan mereka yang telah memasuki neraka maka mereka akan cuba memohon kepada Allah SWT untuk memberi syafaat kepada sahabat-sahabat mereka yang diseksa dineraka.

Ulama' Salaf ada memberi pesanan :"Carilah banyak sahabat, kerana sesungguhnya tiap-tiap mukmin itu mempunyai syafaat.Maka semoga engkau dapat masuk ke dalam syafaat sahabatmu. Orang-orang beriman dan beramal soleh dapat memberi syafaat (pertolongan) kepada sahabat-sahabatnya dan membawa masuk kedalam syurga. Dikatakan juga , apabila Allah SWT. mengampunkan dosa seseorang, maka orang tersebut akan dapat memberi syafaat kepada sahabat-sahabatnya."

Bagaimana Allah SWT memberi kemuliaan kepada orang-orang yang bertakwa, ketika didunia mereka bersahabat dan bersaudara kerana Allah SWT, mereka bertemu disyurga duduk berhadap-hadapan. Firman-Nya yang bermaksud : " Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara
(dalam suasana kasih mesra)  serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing." (Surah al-Hijr ayat 47)

Di dalam hadis Qudsi Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan-Ku" (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah SAW baginda bersabda maksudnya: "Allah Azzawajalla berfirman: 'Orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanKu, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi, Shiddiqin dan Syuhada." (Hadis Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim)

Dalam Hadis Qudsi yang lain diriwayatkan oleh Ubadah As-Sahamit, Allah SWT berfirman maksudnya : "Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang cinta mencintai keranaKu. Kasih-sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang sering memperhubungkan tali silaturahim keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling bernasihat keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling berziarah keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling bantu membantu keranaKu. Orang yang cinta mencintai keranaKu berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi, Siddiqin dan Syuhada." (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim, Qudha'i)

Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya ganjaran yang akan mereka dapati kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.

Sahabat yang dikasihi,
Persahabatan dalam Islam adalah persahabatan kerana Allah SWT. Bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah SWT untuk menjalankan kewajipan dakwah untuk  amar makruf nahi mungkar. Doa di antara dua sahabat yang berkasih sayang dan menjalin ukhwah Islamiah adalah makbul disisi Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)

Termasuk sahabat yang berjauhan adalah sahabat-sahabat di dalam alam maya (facebook) . Walaupun kita berjauhan dan perkenalan melalui alam maya tetapi jika persahabatan kita kerana Allah, saling nasihat menasihati, lengkap melengkapi dan berkongsi ilmu yang bermanfaat insya Allah kita semua akan termasuk di dalam hadis ini. Teruskanlah persahabatan ini dan jika kita ada permasaalahan berbincanglah bersama-sama dan carilah jawapannya mengikut ajaran Islam nescaya kita akan mendapat keredaan Allah SWT. di dunia dan akhirat. Doa-doa kalian kepada sahabat-sahabat kalian yang lain mustajab disisi Allah SWT.

Sahabat yang dihormati,
Marilah kita perbetulkan niat kita dalam persahabatan ini. Janganlah ada diantara kita cuba merosakkan persahabatan kerana Allah SWT ini dengan menibulkan perselisihan, fitnah memfitnah dan mengaibkan sesama kita. Jika ada perkara yang diperselisihkan perlulah saling bermaaf-maafan dan selesaikanlah secara hikmah dan lemah lembut. Buangkan segala sifat sombong, ujub dan bangga diri dalam diri kita dan hiasilah akhlak kita dengan akhlak Islam dan binalah ikatan persahabatan dan persaudaraan di antara kita semata-mata kerana Allah SWT.

senyum

assalamuaikum..

aaik?senyum lagi?hehe.. saja je nk tulis bab ni.. kadg2 aku suka ambik gambo org lain.. sbb bila kita ambik gambo org lain, mesti kita akan ckp .. hey guyz..SMILE.. 1..2..3.. "klik".. org y diambik gambarnya pasti mahu buat muka y trmanis utk dipaparkan dlm gambar trsebut.. bila aku lihat, pasti akan aku kata kat y lain,,"cantiklah dia kalau senyum"

benar, x kira la mmcmna pun rupa kamu.. kalo kamu senyum..pasti kamu lebih cantik.. sebab tu hati-hati dgn senyumn itu..jgn menyalah gunakannya... takut ada y trjerat.. p itu x brmakna kau perlu bermasam pada y lain.. cukup la sekadarnya.. biar rasulullah turut trsenyum mlihat tingkahmu.. 

jom.. nk ajak buat satu program ni..

ok..

first thing, pls cari cermin..
cermin y boleh tgk semua muka....
sebesar y boleh..

pastu..
kira 1..2..3...
SENYUM..
senyum sehabis cantik..

cantikkan senyuman anda?..
tertawan saya.. 
hehe 

terus la ukir sunnah ini dibibirmu..
ia sprti makeup tambahn utk mu..
top up lah ia dgn iman..
pasti lg menyerlah dirimu..

ya Allah bimbinglah langkah kami..